Saturday 16 June 2012

Pentaksiran Berkaitan Rangkaian Komputer



Pada minggu ini pelajar 5 Teknologi menjalankan Pentaksiran berkaitan dengan Rangkaian Komputer. Pelajar dikehendaki membuat setting untuk rangkaian komputer. Pelajar membuat tugasan mereka dalam kumpulan berempat.

Rangkaian Komputer membolehkan pengguna berkongsi perisian, perkakasan dan data maklumat.

Gambar: Pelajar  5 Teknologi sedang melakukan setting Rangkaian Komputer.

Tuesday 8 May 2012

Topik Yang Telah Dipelajari


Pada bulan Mei 2012 ini Pelajar 4 Teknologi telah mempelajari Topik Sistem Komputer, Rangkaian, Pengaturcaraan dan Multimedia pada peringkat asas sahaja. Namun bagi subjek Multimedia pelajar 4 Teknologi telah melalui Fasa Analisa (Analysis) dan Fasa Rekabentuk (Design). Pada masa sekarang pelajar 4 Teknologi dalam proses pengumpulan bahan-bahan multimedia yang akan digunakan dalam projek yang telah dirancang oleh pelajar-pelajar.

Gambar: Seorang Pelajar  5 Teknologi sedang membuat Kabel Rangkaian.

Pentaksiran Yang Sudah Berjalan




Panatia ICT SMKDUAM telah memulakan pentaksiran bagi topik Sistem Komputer dengan menjalankan pentaksiran buka dan pasang komputer.  Pentaksiran ini dilakukan berperingkat-peringkat memandangkan jumlah komputer yang digunakan adalah terhad. Perlaksanaannya hanya boleh melakukan 3 hingga 5 pemasangan pada satu-satu masa pentaksiran.
Gambar: Pelajar  5 Teknologi sedang melakukan pentaksiran Buka Pasang Komputer.