Wednesday 3 July 2013

Operasi Membalut Buku



Pada tahun ini, panitia ICT SMKDUAM ada membeli buku baru buat pelajar-pelajar yang mengambil subjek ICT 3765 pada tahun ini. Ia merupakan buku Score A+ keluaran Cikgu Ismail bin Shaari (019-4636171).
Bagi menjaga buku-buku ini, satu operasi membalut buku di adakan bagi membalut buku-buku tersebut. Adalah di harap pelajar-pelajar dapat menjaga buku-buku ini dengan baik supaya pelajar mendapat manafaat daripadanya. Buku-buku ini baik untuk panduan para pelajar semasa belajar dan juga semasa membuat kerja kursus pelajar.



Buku yang dibalut dapat mempertingkatkan jangka hayatnya.


Pelajar-pelajar 4T 2013 sedang membalut buku mereka.