Tuesday 8 May 2012

Topik Yang Telah Dipelajari


Pada bulan Mei 2012 ini Pelajar 4 Teknologi telah mempelajari Topik Sistem Komputer, Rangkaian, Pengaturcaraan dan Multimedia pada peringkat asas sahaja. Namun bagi subjek Multimedia pelajar 4 Teknologi telah melalui Fasa Analisa (Analysis) dan Fasa Rekabentuk (Design). Pada masa sekarang pelajar 4 Teknologi dalam proses pengumpulan bahan-bahan multimedia yang akan digunakan dalam projek yang telah dirancang oleh pelajar-pelajar.

Gambar: Seorang Pelajar  5 Teknologi sedang membuat Kabel Rangkaian.

Pentaksiran Yang Sudah Berjalan




Panatia ICT SMKDUAM telah memulakan pentaksiran bagi topik Sistem Komputer dengan menjalankan pentaksiran buka dan pasang komputer.  Pentaksiran ini dilakukan berperingkat-peringkat memandangkan jumlah komputer yang digunakan adalah terhad. Perlaksanaannya hanya boleh melakukan 3 hingga 5 pemasangan pada satu-satu masa pentaksiran.
Gambar: Pelajar  5 Teknologi sedang melakukan pentaksiran Buka Pasang Komputer.